hospitals adventure!

melawan perasaan itu.

Salamualaikum wr wbt.

“Kadang kadang kita terlalu berharap dan bergantung pada seseorang, sehinggakan kita lupa Allah sudah berjanji dengan kita bahawa ibu, ayah, sahabat, suami atau anak-anak kita adalah ujian kepada kita. Kadang kala kita terlalu meluahkan dan mengharapkan sahabat itu dapat menjawab segala persoalan sehingga kita lupa bahawa ilhamnya itu datang dari Allah yang Maha Kuasa. ”

“Dan ketahuilah bahawa harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jualah pahala yang besar.” 

(Al Quran, Surah Al Anfal :28)

Pada hari ini, di dalam wad kecemasan, hati gundah gelana dilanda sifat kemalasan yang Astaghfirullahiladzim, hanya Allah sahaja yang tahu hati hambaNya. Dialah yang Memegang hati HambaNya yang sekian sehari suntuk selalu mencari segenap cahaya sinar harapan untuk beriman dan terus mengekalkan keimanan itu. Kaki terus melangkah masuk, terjumpa seorang pakcik yang duduk termenung…

“Boleh saya bertanya sedikit pakcik?” Dan perbualan ana diteruskan dengan prosedur seterusnya dalam mengambil ‘sejarah’ bagaimana dia berada di hospital.

Tiba di soalan, “Justeru, isteri Tuan bagaimana? “

Dia terdiam seribu bahasa. Matanya berkaca.

“Isteri sudah meninggalkan dunia. 3 tahun yang lalu. Dia dilanda ‘Paraneoplastic Phenomenan’.

Ana terdiam. Kematian itu pasti. Namun dalam segenap jiwa hamba ini, ada ruang yang turut menyedihi akan kepergian seseorang itu. Dia terus mengungkap,

“Sudah 45 tahun kami tinggal bersama, segala luah rasa dan apa yang terjadi pada saya, dia tahu luar dan dalam. Duka nya saya, tawanya saya. Ruang likup saya semuanya dalam keberadaannya.”

Ana terdiam lagi. Terus tidak terkata. Doktor berdekatan terus mengukirkan senyuman dan berkata,

“Tuan, tuan sedang berprogres dengan begitu cemerlang. Kesihatan dan diri sangat baik dijaga.”

Dia terus merenung dan terdiam, dan beberapa saat kemudian bersambung,

“Kami ingin sangat mendermakan badan kami ke arah tujuan sains atau perubatan agar pelajar dapat mempelajari dengan lebih baik. Tiada gunanya mati dikebumikan begitu sahaja. Sangat sia-sia. Namun, prosedur untuk berbuat demikian perlukan beberapa bulan untuk ia siap. Dan isteri saya meninggal dunia tanpa sebarang tanda. Dua minggu diagnosisnya tiba, terus dia meninggalkan kami.”

Sekali lagi hati hamba ini tersentuh. Derma badan setelah meninggal dunia. Sungguh mulia subhanAllah niatnya untuk pelajar perubatan belajar dengan lebih cemerlang. Namun ada di antara kita, derma organ pun tidak mahu, apatah lagi derma darah. Sayang sangat dengan pemberian Allah sehinggakan menganggap itu semua hak milik kita selamanya. Astaghfirullahiladzim.

Pelbagai kisah tersendiri yang ada dalam diri mereka. Dan semuanya memberi pengajaran yang sangat bermakna dalam ana ingin menjadi daie cemerlang dunia akhirat.

inshaAllah. Dan Ya Allah, bunuhkanlah sifat malas yang merangkak dalam jiwa hamba-hambaMu ini, jadikan kami cemerlang seperti Rasulullah s.a.w., dan sahabat-sahabat (r.a.) yang tercinta.

Allahumma inni a’udzubika minal-hammi, wal-huzni, wal-‘ajzi,
wal-kasali,wal-bughli, wal-jubni,
wadh-dhalaid-daini wa ghalabatir-rijal.

“Allahuma, aku berlindung padaMu dari rasa sedih dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut dan bakhil, dan aku berlindung padaMu dari cengkaman hutang dan penindasan orang.”

Allahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s