tinta tinti

dan hati ini terdiam seketika

 

Salamualaikum wr wbt… Sudah lama tidak menulis. Kesibukan kerja (walaupun sebenarnya sibuk orang lain lbeih sebenarnya) dalam pelbagai kegiatan, namun semua itu tidak menghentikan diri ana ini untuk terus berjuang dalam penulisan yang subhanAllah, hanya segelintir pembaca setia 😉

Pecinta Syurga

Pertemuan dengan mereka yang ana cintai cukup memberi 1001 pengertian berharga. Tidak mungkin dilupakan inshaAllah dan setiap hari yang berlalu, rasa semakin rindu untuk berada dalam ‘environment’ sebegitu. Teringat kisah Handzalah r.a. dan Saidina Omar al Khattab r.a. bagaimana sensitifnya mereka apabila mereka rasa mereka seperti futur. Apabila berliqo’ (bertemu) dengan Rasululllah s.a.w., para sahabat ini terasa seperti syurga dan neraka itu di hadapan mereka, namun apabila habis pertemuan itu, mereka bergembira dengan keluarga tercinta. Dengan sensitiviti yang sangat tinggi itu, subhanAllah, mereka terus  berjumpa dengan Rasulullah s.a.w.  SubhanAllah. Begitulah perasaan para pencinta syurga. Terasa begitu hampir hari Akhirat. Sensitiviti para sahabat terdahulu sungguh berbeza dengan sensitiviti umat kini. AstaghfiruLLAHiladzim. Apabila bicara mengenai akhirat di zaman ini, ada yang terasa seperti hari itu akan datang lambat lagi. Sedangkan di waktu zaman Rasulullah s.a.w, para sahabat sangat -sangat takut Hari Akhirat itu sangat hampir dengan mereka.

Dan Mereka itu dari Kaum-kaum yang berlainan...

Abu Darda (RA) narrates that Rasulullah (PBUH) said: On the Day of Qiyamah certain people will be raised byAllah Ta’ala in such a manner that their faces will be illuminated and they will be seated upon thrones of pearls, envied by the people; they will neither be Messengers or Martyrs. A bedouin exclaimed: Describe them to us so that we may recognise them. He replied: Those who love each other for Allah’s sake, coming from diverse tribes and different places, they gather for the remembrance of Allah (Tabrani)


Hari yang berlalu…

Setiap hari yang berlalu, biar sesibuk mana, jangan sesekali tinggal kawan karib kita, Al Quran. Bacalah, tadabbur (fahamilah) dengan ikhlas.

Setiap langkah yang berlalu, biar ia melangkah penuh tawaddhu’ kerana Allah meminjamkan semua itu pada kita, namun berniatlah agar setiap langkah itu membawa kita dekat denganNya.

Setiap tangan yang menulis, biar ia berkandung nasihat, dan intipatinya tidak sia-sia. Kerana tulisan itu boleh menggegar jiwa.

Setiap kerja itu diperbaharui niat, kerana niat itu mudah bergoyah jika kita tidak kuat mempertahankannya.

Setiap kali bersama mereka yang alim, berdoalah kepada Allah agar menjadi seperti mereka, dan setiap kali bersama yang tidak mengetahui, berdoalah pada Allah agar dibuka hatinya seluas-luasnya, dan dibanjiri cahaya maghfirah dan hidayahNya.

Setiap kali bertutur, biar pertuturan itu ikhlas dan lahir dari jiwa, agar mereka yang mendengar, sampai pada jiwa mereka.

SubhanAllah.

Dan hati ini terdiam seketika.

Ayat 179 Surah ke 7 Al quran menjadi ingatan super-duper buat ana, dan mereka yang prihatin inshaAllah.

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Meraka itulah orang-orang yang lalai.

wAllahualam.

Advertisements

One thought on “dan hati ini terdiam seketika

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s