tinta tinti

Sesak

Assalamualaikum wr wbt.

Baru selesai peperiksaan.

Dan kata-kata in sering sahaha terngiang-ngiang di kepala.

“Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakan untuk memanfaatkan waktu dan jika berurusan maka singkatkanlah masa perlaksanaanya.”

Ahah! Mesti ada yang dapat menangkap itu wasiat Imam As Syahid Hassan Al Banna yang ke 10… Masa itu ibaratnya air, ada kata ibarat emas. Tetapi sebenarnya, lebih bernilai daripada emas, lebih laju dari geraknya air.

Lebih banyak masa digunakan dengan sebaiknya, lebih banyak perkara yang kita rasa yang perlu kita buat. Ana sering berfikir berapa banyak sisa masa yang ana ada untuk dimanfaatkan sepenuhnya. SubhanAllah. Tiba-tiba terdiam.  Mungkin tiada lagi sisa untuk esok? Apabila fikiran itu tertumpu dengan sepenuhnya pada peperiksaan, contohnya, tiba-tiba Allah Nak Tarik nyawa kita. Sempat tak ‘prepare’ sebagaimana kita ‘prepare’ gempaq-gempaq untuk peperiksaan?

Kisah Facebook

Memang benar, setiap orang ada hak untuk menyuarakan pandangan, ada hak untuk bersuara. Tapi, kalau sudah tahap bersuara itu berbaur mengutuk, mengumpat, mengeji dan sebagainya, tidakkah itu akan menimbulkan ketidaksenangan hati? Tidakkah si syaitan itu melompat kegembiraan? Tidakkah orang kafir itu gembira bertepuk tangan tengok saudara seIslam bergaduh?

Sahabat, yang mengaku seIslam. Yang Mengaku kita cintakan sahabat kita. Yang mengaku kita sayang dan sanggup pertahankan sahabat kita. Usah dibesarkan perkara yang remeh. Masa itu semakin meninggalkan kita. Masa itu makin lalu dan kalau boleh masa itu ingin menangis, sudah lama ia menangis melihat perihal kita.

Gaduh kerana wanita? Alasan paling bodoh ana pernah dengar. Ini jujur. Kerana apa? Ada wanita di Palestin sedang menangis kerana 3 anak kecilnya tidak sampai 10 tahun dibedil bom.

Gaduh kerana berlainan pendapat? Ya Allah, sedangkan 4 orang Imam tersohor yang berlainan pendapat tidak pernah bergaduh, subhanAllah. Mereka masing-masing sangat memandang tinggi antara satu sama lain inikan lagi kita yang canggah pendapatnya itu sangat kecil berbanding mereka? Astaghfirullahaladzim.

Gaduh apa lagi yang dapat memberi manfaat? Nada. Tiada ya sahabat. Kerana gaduh dengan musuh itu akan membuangkan masa. Dan gaduh dengan saudara seIslam itu akan menghasilkan sama ada kita dimalukan atau sahabat kita itu dijatuhkan martabatnya. Astaghfirullahaladzim….

Gaduh itu memakan masa. Jangan sesakkan masa anda dengan gaduh yang sia-sia. Kerana gaduh itu memang membazir masa. Ingat kembali wasiat ini:

“Kewajipan lebih banyak dari waktu, oleh itu bantulah rakan untuk memanfaatkan waktu dan jika berurusan maka singkatkanlah masa perlaksanaanya.”


wAllahualam

* Countdown kurang 2bulan nak pulang tanahair. Rindu sangat! *







Advertisements

One thought on “Sesak

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s