Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah Taala...:D

gantung padaNya.

BismiLLAHirrahmanirrahim…

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,”

(Al Quran, Surah Qaaf, 50:16)

Sudah lama tidak bersua keluarga. Ini merupakan kali pertama adikku itu berlayar selama berbulan-bulan. Apabila menelefonnya, pelbagai kata-kata yang diungkap. Namun rindu pada adik itu tidak pernah padam. Tiba-tiba terdetik, ‘Allah, sememangnya, padaMu sahaja dapat hambaMu ini bergantung. Selamatkanlah adikku dari sebarang malapetaka, moga dia senantiasa sihat dan moga dia terus tsabat atas jalanMu ya Allah.’

Airmata mengalir. Bukan kerana apa. Kerana sedar bahawa diri ini tidak sehebat mana. Pergantungan kepada Sang Pencipta itu lebih dari diperlukan.

Kalau kita ‘depressed’ sangat. Sedih sangat. Manakah arah tujuan kita? Adakah dengan berjumpa si B atau C? Atau ‘hangout’ tempat-tempat yang boleh menghilangkan ‘tension’…

Sesungguhnya, Allah lebih dekat dari urat leher kita. Allah mengenali kita lebih dari kita sendiri. Allah mengetahui segala apa yang zahir dan batin diri kita. Namun, kenapa seringkali pergantungan kita bukan 100% kepada Allah? Mengapa tatkala sedih sahaja kita mencariNya, dan tatkala gelak ketawa kita lupakan DIA.

Setiap dari kita ada ujiannya. Ujian itu tanda sayang Allah pada kita. La Tahzan (Jangan Bersedih) bagi yang ditimpa ujian. Dan Jangan sekali putus asa dengan RahmatNya. Mungkin ujian itu adalah satu pra-ketibaan saat paling gembira? InshaAllah, sama-sama kita doakan…

p/s: Kalau Ramadhan bacanya Al Quran sehingga khatam, bulan Syawal bagaimana pula?

Entri superkhusus untuk diri yang menaip… Kerana mata terhampir dengan jemari yang menaip adalah diri ini sendiri…

wAllahualam…



Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s