tinta tinti

jadi NENEK!

Salamualaik… BismiLLAHirrahmanirrahim…

Baru beberapa hari ini, ana memesan adik yang di bawah ana, kiranya yang rapat jugalah dengan ana… “STUDY! selagimana boleh STUDY, nanti dah nyanyuk… TAK BOLEH study daa”

Hakikatnya: memang benar. Sekarang, masa muda itu makin lama, makin pendek. Jika disedar atau tidak disedar, masa tua itu makin hampir, masa muda itu makin jauh, masa mati itu makin dekat.

Namun ada antara kita ingin jua jadi seolah-olah tidak sedar dengan hakikat itu…

Bila muda, masa itu kita digelar syabab ( pemuda ) yang berdaya, yang masih ada kekuatan… Yang mana masih lagi bersemangat… Itulah kekuatan seorang syabab. Namun apabila nama syabab itu makin lama makin dikupas dari diri kita, masa itulah yang sering kita terfikir, SubhanAllah, mengapa tidak aku guna masa aku jadi syabab itu sebaik mungkin? Mengapa tidak masa mudaku ku guna dengan kerja yang tidak sia-sia. Mengapa tidak masa mudaku, ku guna untuk beramal dan beribadah kepada Yang Maha Esa.

Kini, cuti ana ada lagi 2 bulan. Betapa pantasnya 1 bulan itu berlalu. Selalunya di masa-masa beginilah, kita ringan tulang sedikit untuk membuat kenduri ala-ala ‘reunion’ gitu untuk berjumpa dengan teman-teman yang sudah laaaamaaa tidak bersua. Ada yang setahun, dua tahun, tiga, empat tahun tidak ketemu… Namun… apabila ingin membuat ‘reunion’ sebeginilah sukar sekali untuk medapat komitmen semua orang… Dan orang pertama yang paling susah adalah orang yang menaip ini! 😦

Di saat inilah ana sering terfikir, alangkah baiknya jika masa ana bersama sahabat-sahabat di sekolah menengah dulu, ana kurangkan kenakalan, ana lebih rajin dan baik hati ;), alangkah… alangkah… alangkah…

Itulah kita bukan… Sering ber’alangkah’ dengan apa yang terjadi… Ini yang membuatkan ana ingin keluarkan peribahasa yang sudah lama tidak digunakan dalam esei Bahasa Melayu… “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna”

Astaghfirullahilladzim…

Di kesempatan ini… dalam kesibukan ramai mencari wasiat sah MJ yang telah meninggalkan kita, biar ana berwasiat jua di sini. Meskipun di lembaran dengan 2, 3 orang sahaja yang membaca…

Dari sudut hati ikhlas ana, ana mohon maaf yang teramat atas kekurangan ana menjadi sahabat sesiapa… kekurangan menjadi ahli keluarga berguna, kekurangan menjadi pelajar yang berjasa buat guru-guru ana, dan kekurangan menjadi saudara yang membaca… Buat mereka yang sudah lama tidak ketemu, ana yakin, walaupun kita tidak bersama, namun kita tetap selalu bersama, dalam doa, dalam zikir mengingati Yang Esa… InshaAllah… ( Teringat ana kisah Abu Darda’ yang sentiasa mendoakan sahabat-sahabatnya dengan menyebut nama mereka satu persatu (70 orang!) dalam doanya! SubhanAllah~!)

Semoga terus kukuh dan kuat dan beristiqamah dalam melaksanakan segala kewajipan…. dan terus berbahagia di samping yang tercinta. Moga tidak hanya menjadi manusia bijak, tetapi mejadi manusia bijakSANA (sana= akhirat juga) inshaAllah, sama-sama kita doakan…

Ameen ya Rabbal Alamin…

Sebiru Hari Ini- Edcoustic

Lagu dedikasi untuk yang teristimewa… Dengar LIRIK, hayati ya!

Ukhwah fILLAH abadan abada~!

For those taking exams: especially my beloved brothers, Nazri n Naim…

WAllahualam… 😀

Advertisements

4 thoughts on “jadi NENEK!

  1. salam~
    diana, aku pn nak mintak maaf..salah silap, hati,kata-kata n perbuatan..terkurang terlebih.. betul3, masa cuti guna baik2!…
    p/s:tak mcm evrytime balik dari asrama dulu, tido je memanjang kat rumah, konon2 qada’ tido..saya sudah insaf dgn yg satu ini.hehe..banyak kurang harus diperbaiki, afwan! 😉

  2. saya juga ingin meminta maaf… ats segala2nya..huhuu…dua bulan gunakan sebaek2 yg mungkin… kalo suda ditakdirkan kta akn ketemu nnt.. sape taw mungkin due mgu dpn, bulan dpn, tah2 bsok, tgk2 lusa, mgkn gak 3 tahun lg….(@-@) xtaw nk ckp.. yg pntg sy sentiasa mengingatimu sahabat~ smg ukhwah kita selamany 🙂

  3. salam..huaa lme x jumpa kamu..
    maaf jua yg dpinta dr diri ini~
    moga sma2 menggunakn masa yg ada ini sebaik2nya
    insyaAllah…
    masa itu kehidupan jika kamu membuang masa bererti
    kamu membuang kehidupan
    p/s: nice song.like it

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s