tinta tinti

tinta dalam lelah

Bismillahirrahmnirrahim… Assalamualaikum warahmatuLLAH wabarakatuh… 😀

Dalam ketegangan urat leher, dan kepala berpinar… ingin ana tulis jua kerana hobi ana yang tidak dapat dikekang… afwan jiddan ya! 😉 Melihat tarikh peperiksaan yang semakin hampir buat ana memang tidak boleh duduk diam. keluh. kesah. keluh. kesah. Namun, tetap bergerak, inshaAllah. Moga istiqamah ya! ~ Buat sahabat yang sedang berjuang menelaah subjek-subjek : Renal Biology, Respiratory Biology, Personal Health and Population, Cardiac Biology, Vascular Biology, Food Science… 😉 Sikit? Fikir semula…

Dalam kesibukan beginilah dapat dilihat bermacam ragam, bermacam perkara yang berlaku, ada dalam jangkaan, adanya tidak. SubhanAllah, memang Allah tetapkan sesuatu itu, cantik pada tempatnya, memang pasti ada hikmahnya. Namun dalam pengalaman dan pengatahuan itulah lahir kematangan… (walaupun sedikit demi sedikit 😉 ) namun ia benar…

Sahabat karib ter’latest’ ana- Surah Thaha… Surah ke 20 dalam Al Quran. Cuba hayatinya bagi yang ada kelapangan. Membaca surah itu membuat ana terimbau saat-saat manis di bumi para Anbiya’, Misr! Bukannya apa, namun atmosfera di sana lain dari sini. Bukannya nak ‘over’ tetapi, itu pandangan peribadi. Bumi jejak Nabi- nabi, terutamanya Nabi Musa A.S. yang disebut dalam kebanyakan ayat dalam Surah Thaha. Berkenaan Gunung Sinai di mana ana hampir mengalami ’emotional breakdown’- kerana niatnya tidak cukup ikhlas.                 😦 Namun, pengalaman yang sangat sangat sangat bermakna! Ingin sahaja ana mengajak semua keluarga, sanak saudara, sepupu sepapat, sahabat-sahabat ke bumi Mesir…

  Kisah Nabi Musa A.S. sangat memberi iktibar bererti dalam diri, bagaimana kecekalannya dalam menjadi pemimpin bagi bani Israil, sifat tawaddhu’ nya ketika berdoa memohon pada Allah S.W.T agar dikurnia kekuatan dan seorang saudara, Nabi Harun A.S dalam menghadapi firaun. SubhanAllah…

” Pergilah kamu beserta saudaramu dengan membawa ayat-ayat-Ku, dan janganlah kamu berdua lalai dalam mengingat-Ku; Pergilah kamu berdua kepada Fir’aun, sesungguhnya dia telah melampaui batas; maka berbicaralah kamu berdua kepadanya dengan kata-kata yang lemah lembut, mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

(Surah Thaha, 20 : 42-44)

Ada sebuah dokumentari yang sangat menarik mengisahkan berkenaan Nabi Allah, Nabi Musa A.S. Bolehlah ditonton bagi yang berminat… 🙂 Kerana sirah-sirah kisah Nabi begini , membuka sebuah perspektif baru dalam kita mengharungi masa akan datang. Segala teladan dicontohi dan segala pengajaran dijadikan iktibar. Agar kita tidak terus menjadi statik dan tidak belajar dari sejarah – terutamanya sejarah Nabi Allah dahulu…

Wallahualam… 🙂

Salam berjuang! Ganbate ne untuk warga Uni ana dan yang berperang pena kelak! Moga terus bermujahadah, usaha SEMAKSIMUM mungkin! 😉

– detik pulang ke tanahair ku makin hampir… dan makin hampir lagilah detik peperangan pena 😉

rindu ibu ayah naz dan naim, rindu saudara-saudara, rindu sahabat yang kesibukan 😉 –

2 thoughts on “tinta dalam lelah

  1. bettaufeQ kak diana dlm imtihan akan dtg! 😉
    smg dgn mempelajari ilmu2 Allah ni membawa kita lebih hampir dgn kasih sygNya…=)

    1. Jazakillah khayran kathira ukhti izzah 😉 Sama juga bagi adik agar senantiasa hampir dengan mahbbahNya… inshaAllah 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s