Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah Taala...:D

hubunganku dengan AQ…

Bismillahirrahmanirrahim… Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh 🙂

1 Jamadilawal 1430

Izzayik/ izzayak? Ana bikhair, alhamduliLLAH ;)… Baru-baru ini berpiknik, sambil-sambilan, ‘recharge’ iman, inshaAllah. Pertemuan yang dinanti-nanti, berjumpa sahabats yang dikasihi… 😉

“Hari ini, tarikhnya Islam berapa ya?” ana terdiam… “Hrm… Jamadilakhir kan kak… hehe… :(“

“Dalam Al Quran berapa banyak surah?” “114!” Jawapan yang yakin. * Ya Allah, moga benar jawapanku ini… *

“Berapa ayatnya pula?” Sekali lagi terdiam… “6000 lebih kot…”  Boleh pula diri ini ‘kot’ ‘kot’. Bukankah Al Quran itu katanya teman istimewa ana? Ana berfikir lagi. Kesal. Tidak cukup mengenali Al Quran. Sedih, semuanya bercampur baur.

6326 ayat semuanya dalam Al Quran. Juga dikenali sebagai An Nur (Cahaya) , Asy Syifa’ ( Penyembuh), Al Huda, Az Zikr… Dan dalam Al Quran itulah, segala jawapan dapat dicari. Jawapan kepada jiwa yang kehausan, dahaga akan input-input ‘direct’ dari Yang Menciptakan kita, Allah S.W.T.

Kadang kala diri ini seakan-akan mengerti hidup sudah lama, namun keakraban dengan Al Quran itu tambahnya, sangatlah sedikit. Astaghfirullahiladzim. Kalau ditanya, siapa nama isteri pelakon X? Siapa pelakon movie Y? Pantas sahaja dijawabnya. Mengapa tidak kita kenal Al Quran itu sebagaimana kita kenal mereka yang tidak perlu kita kenal pun.

Mari kita ‘test’ bagaimana hubungan kita dengan Asy Syifaa’ ini…

1. Berapakah bilangan mukjizat Nabi Musa A.S. dan apakah mukjizat itu?

2. Di surah manakah terkandungnya Doa Menaiki Kenderaan?

3. Apakah nama Nabi Ibrahim A.S. dan dari surah manakah?

4. Di dalam surah manakah diturunkan Allah S.W.T. hukum memakai tudung?

5. Apakah nama lain bagi Surah Ghafir?

Jawapannya, inshaAllah di entri selepas ini… 😉 Baru kita bergerak berusaha untuk mencari jawapannya… InshaAllah. bagi yang dapat menjawab semuanya, alhamdulillah, mabruk ana ucapkan 😉 Moga teruuuus istiqamah dalam memperhebatkan lagi hubungan kita dengan Al Quran. 🙂

Cuba perhatikan ayat yang diulang dalam Surah Al Qamar, 54 Ayat 17, 22, 32 dan 40

Yang bermaksud, “Dan sesungguhnya telah Kami mudahkan Al-Quran untuk pelajaran, maka adakah orang yang mengambil  

pengajaran?”

~untuk renungan bersama…

Dalam ke’tension’nan ana (mungkin 😉 ) dan sahabat-sahabat yang bakal ber’perang’ dengan pena lagi 8 hari di medan peperiksaan, moga teruuus jadikan Al Quran itu sebagai penyembuh utama dalam merawat ‘stress’ itu. Kadangkala kita sering mencari-cari apakah punca kita menjadi sangatlah pening dan ketidaktahanan dengan semua perkara, namun, cuba kita teliti kembali. ‘There must be something wrong somewhere.’ Jikalau kita sering risaukan hubungan yang tidak baik dengan manusia, pasti ada ‘something wrong’ dengan hubungan kita dengan Allah, barangkali. Kerana jikalau hubungan secara ‘vertical’ nya tidak baik, mana tidaknya hubungan kita yang ‘horizontal’?

diri ini seringkali memperingatkan, super duper khusus buat diri yang menaip ini,

hamba kerdil lagi kecil,

dan juga mereka yang prihatin…

Salam juang, salam bermujahadah, buat sahabat-sahabatku… Mari kita Usaha SEMAKSIMUM mungkin kerana, pertolongan Allah S.W.T. itu, inshaAllah datangNya apabila usaha itu di tahap MAKSIMUM. Ingat kembali kisah Nabi Musa A.S. dimana Nabi Musa A.S. dikejar Firaun dan tenteranya dan semaksimum kebolehan mereka lari hingga ke laut. Di belakang mereka, si firaun dan di hadapan mereka laut? Apa yang telah berlaku? Dengan izin Allah S.W.T., laut itu terbelah, membenarkan mereka lari dari firaun. SubhanAllah! 🙂

 

Justeru, mari, ayuh kita Usaha SEMAKSIMUM, jangan lupa SENJATA utama Mukmin, DOA… dan TAWAKAL itu kan menyempurnakannya, inshaALLAH….

 

Wallahualam…

Advertisements

2 thoughts on “hubunganku dengan AQ…

  1. salam..
    betul3..dlm kita dok baca kdg2 adakah kita baca as in baca tanpa menghayatinya?…(persoalan pd diri)
    just wanna share as i just came across this ayat answering one of the questions given…[17:101]

    jazakillah khairan katheera for the peringatan pd diri yg lalai dan leka ini…

    1. AlhamduliLLAH.. moga kita sama-sama muhasabah dan berTINDAK dengan jalan yang diredhaiNya inshaALLAH 🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s