tinta tinti

dah beso anak ibu!

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh to all…

Hanya coretan ringkas, barangkali. Minggu lepas, dan minggu ini penuh dengan pelbagai aktiviti. Kesibukan yang agak pack dan padat. (Hiperbola ini). Namun, kesibukan tidak membataskan ana dan sahabat–sahabat untuk berkumpul dan makan masakan jiran tetangga 😉 yang enak-enak rasanya! Walaupun hanya satu lauk, namun berkumpul dengan sahabat-sahabat pun sudah sedikit sebanyak menghilangkan ‘stress’ sebentar. Kami berborak-borak dan tiba-tiba datang satu topik hangat dan menarik… Tentang ciri-ciri keluarga masing-masing. Tiba-tiba, ana ditanya dengan soalan-soalan hasil fikiran sendiri, “Mengapa ya, dahulukala, ibu dan ayah sering nak sangat kita makan bersama, duduk semeja?” Mengapa ayah dan ibu akan panggil “Kakak!!! Makan…” berulangkali dan kadangkala kita dengar tapi sahutnya lambat. Astaghfirullahilladzim. Sudah hampir 9 bulan tidak berjumpa, dan hanya berjumpa di dunia maya… masih belum lagi terubat rindu di hati. Ada cerita menarik, seorang sahabat yang dikasihi, apabila menjelangnya hari lahir emaknya, dia bertanya emaknya “Tak beli kek, mak?” dan emaknya menjawab, “Belum lagi… tunggu awak balik”… 🙂 Itu membuatkan ana tersenyum namun hati sedikit sayu. Mungkin ada yang mengatakan ana agak ’emotional’ tetapi wAllahualam. Perasaan sayu memang menerpa. Kadangkala teringatkan berapa banyak masa telah dihabiskan dengan emak, ayah dan ahli keuarga yang lain. Berapa banyak kali kita menyebabkan mereka tersenyum berbanding dengan membuatkan mereka menangis. Adakah kita telah melaksanakan tugas seorang anak sebaik mungkin? Pelbagai soalan ini melanda, dan jawapannya itu kadangkala – memohon ampun taubat dari Allah S.W.T. dan ibu ayah tercinta kita. Pernah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. bertanya kepada Rasulullah apakah antara amalan yang boleh menjamin janatiLLAH, dan jawapan Rasulullah S.A.W adalah berbuat baik dengan ibu bapa. Begitu besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu ayah yang dicintai. Dan antara doa yang mudah dimakbulkan adalah doa ibu ayah kita juga. 🙂 MashaAllah.

Kadangkala kita alpa jua, bahawa diri kita sangat sangat beruntung dan semestinya menjadi manusia yang sangat bersyukur kerana diberikan nikmat ayah dan ibu serta keluarga yang mencintai kita, inshaAllah. Walaupun tiada semua itu, kita semestinya bersyukur, kerana kita ada Allah S.W.T.  dan RasulNya, serta nikmat Iman dan Islam itu. Betapa ramai di luar sana yang ingin sangat mencari jawapan, namun tidak terbuka lagi hati mereka menerima hidayah Iman dan Islam kerana sesungguhnya, Allah lah yang memegang hati-hati kita semua.

Ayuh sahabat, ayuh pembaca yang dirahmati Allah, mari kita doakan yang terbaik buat ayah dan ibu kita. Moga mereka senantiasa dicintai Allah, dan inshaAllah dimasukkan dalam golongan yang mendapat keredhaan Allah di dunia yang sementara ini dan juga di hari akhirat yang kekal abadi…

Juga ingat bahawa, masa itu berlalunya sangaaaat pantas. Dan ajal itu tidak mengenal masa, hanya masa itu ketentuan Allah S.W.T. Kalau si dia yang tidak pergi meninggalkan kita, mungkin kita yang pergi dahulu…

 

Yang merindui sangat ayah dan ibu,

hamba Allah yang mengejar mardhatiLLAH…

Wallahualam 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s