Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah Taala...:D

lembutkan hati untuk berdoa

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh 🙂

Hadith Riwayat Ahmad, Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Tiada seorang pun yang mendoakan dengan satu doa melainkan Allah akan memberinya apa yang dipinta atau mencegah daripadanya dari kejahatan seumpamanya selagi ia tidak berdoa untuk melakukan dosa atau untuk memutuskan silaturrahim.”

Hati manusia itu kadangkala keras untuk berdoa. Berdoa kepada Allah dikira sesuatu yang hanya dilakukan selepas solat atau sewatu kenduri arwah. MashaAllah brothers, sisters! Andaikata ada award agama yang tercantik, amat cantik dan paling cantik, tentu Islam itu pemenangnya. Kerana apa? Kerana kita yakin itulah ad Din yang paling cantik dianugerahkan Allah kepada kita. 😉 Islam tidak ‘rigid‘ menentukan waktu doa hanya pada sekian dan sekian masanya. Doa itu bila-bila sahaja. Cuma ada beberapa adab berdoa yang menjadi garis panduan kita. 🙂

  • Justeru, sewaktu berjalan-jalan ( shopping atau  bersukan) teruuuuskan berdoa, “Ya Allah, semoga hari ini lebih baik dari hari semalam!” “Ya Allah, semoga ibu dan ayahku senantiasa sihat-sihat belaka 🙂 ”  Dan ingatlah, bahawa senjata paling TOP orang mukmin, adalah doa! Lembutkan hati untuk berdoa 🙂
  • Antara yang diperkenankan doa ( mudah dimakbulkan) * ada banyak, tapi ana senaraikan beberapa sahaja… afwan! *
  • – Separuh malam yang kedua dan sesudah solat-solat yang wajib ( At Tarmidzi)
  • – Antara azan dan iqamat
  • – Orang yang berpuasa, orang dalam perjalanan (musafir- justeru, sesiapa yang selalu ‘travel’, jangan lupa berdoa di dalam kereta atau bas 😉 )
  • – Orang yang dianiayai

“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”

(Al Quran, Surah Al A’raf, 7:55)

Nabi- nabi dan Rasul- Rasul senantiasa berdoa kepada Allah,  namun kita…? Doa kita bagaimana?

Doa Nabi  Zakaria…

“Di sanalah Zakariya mendoa kepada Tuhannya seraya berkata: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar Doa.”

(Al Quran, Surah Ali Imran, 3 :38)

 

“Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: “Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka”

(Al Quran, Surah Al Baqarah, 2: 201)

Sedikit perkongsian ringkas dari hamba Allah yang kecil ini… Moga bermanfaat bagi (diri ini) dan mereka yang prihatin 😉

Berdoalah dengan terusss tanpa ada rasa putus asa dariNya. Kerana dengan Siapa lagi kita meminta, kalau bukan dariNya Yang Menciptakan kita?

 

WAllahualam…

🙂

4 thoughts on “lembutkan hati untuk berdoa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s