fakta bukan auta!

break the bad news.

Bismillahirrahmanirrahim… 🙂

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh…

Moge semue sehat-sehat kehendakNya… InshaAllah… 🙂 ana ingin berkongsi apa yang dipelajari dalam kelas psikologi ana baru-baru ini… * telah ditukar dalam bahasa melayu, bahasa jiwa bangsa… 😉

Breaking the bad news… The do’s and don’t’s

pesakit=patient= si dia…

DO!

  1. Berdoa pada Allah S.W.T. agar dipermudahkan segala urusan, dan semoga dilapangkan dada bagi si dia dan keluarga… 🙂
  2. Ambil masa- untuk mewujudkan silaturrahim yang baik dengan si dia dan keuarga
  3. Kongsi fakta, perhatikan bagaimana si dia  merespon dan tunggu satu persatu fakta yang disampaikan itu dihadami pesakit tersebut.
  4. Lakukan penjelasan itu semudah yang mungkin. Jangan terus memberitahu berita tersebut secara ‘gedebush!’ selagi mana mereka tidak meminta penjelasan yang lebih terperinci.
  5. Ambil masa untuk menyelidiki apa diagnosis itu bermakna buat pesakit itu; sambil menerangkan, cuba mengajar.
  6. Izinkan beberapa hentian sementara dalam memberitahu. Juga berikan ruangan agar si dia dapat bernafas dengan stabil; kaum keluarga turut boleh bertanya soalan.
  7. Hormati si dia sekiranya dia cuba memberontak atau menafikan. Sesetengah perkara mengambil masa untuk difahami.
  8. Jangan menipu. Ini akan memusnahkan kepercayaan dan akan menimbulkan kemarahan dan ketidakpuashati di lain hari.
  9. Jelaskan pada si dia bahawa anda akan mencuba untuk senantiasa bersama si dia sepanjang rawatan dan akan cuba dalam membantu sekiranya perlu.

DON’TS!

 

  1. Memberitahu berita buruk itu secara serta merta, dan beranggapan, “Lagi cepat, lagi bagus.”
  2. Berikan semua fakta-fakta yang ‘rigid’ dalam sekali pemberitahuan.
  3. Cuba menggembirakan dan membuat ahli keluarga si dia bangga dengan ilmu pengetahuan yang kita miliki.
  4. Memberitahu terus ‘diagnosis’ dan terus memberitahu perkara-perkara lain tanpa mengendahkan perasaan si dia.
  5. Menamatkan sesi pemberitahuan itu secara terus tanpa mendengar sebarang ‘feedback’
  6. Cuba memanjang lebarkan kebenaran dan menyimpang siur dari berita sebenar untuk menggembirakan hati si dia.
  7. Menjelaskan kepada si dia dengan nyata bahawa tiada apa-apa yang boleh dilakukan lagi. “Semuanya sudah ditetapkan begitu.”

Mungkin perkara-perkara ini remeh bagi sesetengah orang. Namun, realitinya, ada sahaja yang pernah mengadu bahawa, kadang kala doktor, atau sesiapa sahaja bersikap kurang prihatin dalam menyampaikan sesuatu berita. Namun jikalau diperhatikan, panduan yang ana pelajari ini intipatinya memang apa yang disuruh Islam, ad-din yang jitu dan unggul. Cuma kadangkala, dikatakan doktor ini doktor itu, bukannya salah ‘tiada panduan’ disediakan. Ia merupakan salah individu itu sendiri sama ada mahu ikut atau tidak. Islam itu cantik. Islam suruh kita berlaku lembut dalam situasi yang memerlukan kita berlaku lembut. Islam suruh kita tegas dalam perkara yang kita mesti bertindak tegas. Cantik, namun tidak ramai yang menyedari kecanitikannya. Perangai sambil lewa kita- bila hendak berubah?

 

 “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu[246]. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.”

(Surah Ali Imrah, 3 :159)

[246]. Maksudnya: urusan peperangan dan hal-hal duniawiyah lainnya, seperti urusan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan lain-lainnya.

 

Wallahualam…

 

Untuk sahabat-sahabat yang sedang berjuang gigih untuk FINALS 2nd med dan kakak2 lain dan semua yang exam…

ganbate ne!  😉

Advertisements

One thought on “break the bad news.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s