tinta tinti

makan-makan

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum ya sahabats 🙂

AlhamduliLLah, hari ini diri ini masih dikurniakan tenaga dan nyawa untuk menulis. Justeru di sini, ana ingin mengambil kesempatan biasa untuk bercerita kisah luar biasa. Mungkin ramai yang bersangka diri ini suka sahaja bercerita tentang makan-makan. Mana tidaknya naik berat! ( nangisss…) Makan ini bukan makan biasa. Makan ini makan luar biasa. Unik sekali. Tidak memerlukan sebarang kalori tambahan. Cuma makan ini isi jiwa, bukannya isi ruang di abdomen sesiapa. Beberapa hari ini, hujan kerapkali menziarah. Biarpun sekejap, namun kesannya dalam. Luar biasa, katakan. SubhanaAllah. Begitu sekali makan-makan ini ya. Bukan dirindui sahaja. Namun dinanti. Diperlukan sangat. Itulah makan-makan demi mencari Cinta Yang Satu. Rindu sangat-sangat berkumpul dengan sahabat-sahabat tercinta berbicara ini dan itu. Bukan ini dan itu yang kosong- kosong. Itu dan ini yang menganjak diri jauh dari lembah kegelapan ke ruang yang lebih cerah. Walaupun kecerahan itu datangnya sedikit demi sedikit, namun, akhirnya, insyaAllah, akan cerah. Cerah dengan apa? Dengan cinta Allah S.W.T.  Itu yang dipinta oleh hati-hati kami. Itu yang dicari-cari senantiasa. Itu yang didamba. Bukan sebarang damba. SubhanaAllah. Hati ini rindu akan sesi makan-makan itu. Kebenaran itu kadangkala menyakitkan, namun, tanpa disedari itulah caranya untuk kami menggapai Cinta Yang Satu itu. Hanya itu yang dikejar. Bukan cinta kecil-kecilan. Cinta Power terus ingin digapai. Kerana pabila digapainya Cinta Yang Satu, InsyaAllah, cinta yang kecil datang menyusul. InsyaAllah.

Moga sahabat-sahabat yang dirindui istiqamah dan senantiasa DiCintai Yang Maha Berkuasa…

‘Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. ‘

(Surah Al Balad, 90:17)

=)=)=)=)=)

Wallahualam…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s