tinta tinti

kerana apa?

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum , May peace be upon you! 🙂 InsyaAllah

 

Ya Allah, ana rindukan aliran keikhlasan yang jernih dan dalamnya kecintaan yang benar padaMu. Biar ana ikhlas pada orang walaupun orang tidak ikhlas kepada ana. kerana ana tahu, sesungguhnya, hati-hati ini dalam penguasaanMu. ana pohon sangat-sangat, ya Allah , untuk itu. Semoga apa sahaja ujian menjadi suntikan ketabahan extra untuk ku menghadapi ujian yang lebih berat. Rindu amat Nabi Muhammad S.A.W., serta sahabat-sahabat baginda. Perjuangan, ujian dan pengorbanan mereka jauh lebih besar dari diri yang sangat kecil dan hina ini. Moga diambil segala ikhtibar dari kisah-kisah mereka.  InsyaAllah. Zikrulmaut; tazkirah ringkas ku terima baru-baru ini. Hakikat yang sering kita jauhkan diri, ataupun terjauh dari kita. Marilah kita, sentiasa mengingati mati. Pesanan untuk diri ini yang alpa dan terleka,,, dan mereka yang prihatin.

 “Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: “Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah karena kepintaranku.” Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.”

Surah Az Zumar, 39 :49

 

Amin. Ya Rabbal Alamin.

Wallahualam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s