smiles=)sadaqah!

Alhamdulillah :)

 

BismillahirRahmanirRahim.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani.

Alhamdulillah.  🙂 Sememangnya di kala hati ini diulit kesedihan, dicengkami kerisauan, dilanda kebingungan, bacaan Al Fatihah melegakan diri yang hina ini. Di kala rasa diri keseorangan, di kala kerinduan ibu, ayah tercinta serta kaum keluarga yang dicintai, di kala tersepi dari sahabat, rakan atau taulan, ingatan kepada Yang Maha Pencipta meredakan kekusutan. Tatkala ada yang mencari agen- agen lain sebagai pengubat jiwa duka lara, saat sujud dan taubat kepada Allah menjadi the Ultimate Healer, Alhamdulillah dapat menjadi the Perfect Medication. Mengapa Perfect? Mengapa tidak Perfect jikalau diri kita, alam yang terbentang luas, langit tidak bertiang dan segala kejadian di bumi ini begitu ‘perfect’, bukan?

“Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan”

( Al Fatihah : 5)

Buat yang sudi membaca, diri kita yang kerdil ini tidak dapat lari daripada masalah. Tatkala itulah kita harus yakin, harus bersihkan hati, harus pulihkan niat dalam segala perkara. Biarlah sesuatu itu dilakukan kerana Allah, kerana Allah dan kerana Allah. Di kala itu, insyaAllah, hati menjadi tenang. Senyuman diukir kerana DIA dan bukan kerana manusia sahaja. Ya Allah, janganlah Engkau bolak balikkan hati ini setelah kau tetapkan kami ke jalan yang benar. Ampunkanlah dosa-dosa kami,  dan terangi hati kami ke jalan yang Engkau Redhai. Amin, Ya Rabbal Alameen…

 

Wallahualam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s